AsSalamMualaikum...
Setelah sekian lama, kini aku ingin kembali dengan artikel yang seterusnya untuk semua pembaca blog ni :-) .Meskipun jarang sekali dapat aku update post dekat sini, harapnya setiap dari post aku ni dapat dimanfaatkan kelak.
Untuk post kali ni, aku nak kongsikan sebuah nukilan cerita yang sangat menarik dan menyentuh hati. Well...Gambar dekat atas tu aku pilih memandangkan kebelakangan ni sering sahaja topik institusi perkahwinan menjadi tajuk utama khutbah-khutbah jumaat. Aku sangat-sangat tertarik dengan segala hujah yang diketengahkan oleh para imam setiap kali aku dengar khutbah mengenai tajuk ni. Yang paling menarik minat aku adalah bagaimana kita, rakyat Malaysia digambarkan sebagai menjadikan proses kearah membina rumah tangga lebih sukar dan menakutkan dari yang sepatutnya...Kita rakyat Malaysia, banyak je pantang larang, syarat2 nak kahwin, yang mengakibatkan ramai yang mengambil keputusan untuk menggunakan jalan singkat yang lebih mudah, namun lebih memudaratkan kelak.
Tenggelam Didasar Lincah Gerak IB
Written by MuhammadTenggelam Didasar Lincah Gerak IB
2011-12-08T22:20:00-08:00
Muhammad
Comments
AsSalamMualaikum...
Lama dah rasanya tak publish post dekat sini. Ada jugak beberapa rakan yang bertanyakan akan kehilanganku. Tapi, apakan daya seorang manusia yang penuh lemah dan hina ini tenggelam didalam kesibukan hidup IB. Ya! IB...
Mungkin juga ramai yang tidak pernah dengar akannya (seperti juga aku sendiri sebelum memasuki Kolej MARA Banting) jadi hari ni, untuk post ini akan menjadi serba sedikit mengenai kisah hidup tuan rumah blog ini sendiri :-) walaupun bunyinya seperti membosankan, harap ada juga diantara kalian yang sudi membaca.
IB, International Baccalaureate adalah suatu kursus persediaan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, maka Alhamdulillah, jika rezeki Allah letakkan dibahuku ini, kelak akan berangkat ke luar negara bagi menuntut ilmu dari negara asing dan dibawa pulang ke tanah air untuk kebaikan bersama. Jika ada antara kalian yang biasa, atau merupakan seorang mahasiswa A-Level, maka pada pendapat aku, IB adalah tidak asing lagi dari pendengaran kalian. Akan tetapi, hidup IB ini penuhlah dengan onak dan ranjaunya ;p Disamping tekanan untuk terus mengekalkan pencapaian akademik, pelajar-pelajar IB juga dibekalkan dengan pelbagai 'Curriculum Requirement' yang harus kami penuhi.
Kasih Ibu Ku bawa Ke Syurga
Written by MuhammadKasih Ibu Ku bawa Ke Syurga
2010-12-19T08:51:00-08:00
Muhammad
Comments
AsSalamualaikum...
Post yang kali ini, adalah rentetan post yang sebelum nya. Di bawah ini, adalah sebuah cerita, yang aku terima dari seorang rakan ku melalui email.
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku dilahirkan sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan sahaja, seringkali menjadi kepayahan kepada kami. Memang sukar untuk orang lain mempercayai, akan cerita yang bakal aku sampaikan ni, tapi itulah yg berlaku. Ibuku adalah seorang pembohong! Sepanjang ingatanku, sekurang-kurangnya 7 kali ibu membohongiku. Perlu aku catatkan segala pembohongan ibu itu untuk menjadi renungan anda semua.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi sekeluarga. Sebagai anak yang masih kecil, aku sering saja merungut. Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujukku. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk ku. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk ku, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."
( PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA)
Sebiji Epal Sebesar Kasih Ummi
Written by MuhammadSebiji Epal Sebesar Kasih Ummi
2010-12-19T06:50:00-08:00
Muhammad
Comments
AsSalamualaikum...
Dah lama rasanya tak tulis post baru. Sibuk bercuti dengan family, sampai tak cukup tangan nak menaip untuk blog ni ^^ . According to the above picture (the big apple of coz), and the title, there is two people that inspired me to type out this post. Two people which i love soo much..my mother, beloved ummi, and my dearest, bidadari, perkara ni berlaku beberapa hari sebelum aku balik dari kolej. Semasa Kolej Mara Banting sedang dalam demam peperiksaan.
Once a upon a night, di takdirkan i felt soo hungry with nothing around me to eat, just berbekalkan beberapa botol ayam brands yang dibekalkan ummi, i felt soo desperate to look for something, just to kill rasa hungry yang bermain di hati tu. Balik dari solat di surau, i get to my room, the first ever thing that came to my wild mind masatu, was the tiny, yet terrifying, bottles of ayam brands ( i was gravely ravenous ). Habis digeledah bags that my mom pack and gave to me
Keputusan PMR, 23 Disember 2010
Written by MuhammadKeputusan PMR, 23 Disember 2010
2010-12-17T05:09:00-08:00
Muhammad
Comments
Setelah beberapa lamanya, tanda tanya sejumlah 479,675 orang calon yang telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Menengah Rendah bagi tahun 2010 telah pun terjawab. Akhbar Utusan 16 Disember 2010, telah pun menyatakan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menetapkan tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 pada 23 Disember 2010, khamis.
Subscribe to:
Posts (Atom)