Control Panel

Followers



Blog Content


Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Written by Muhammad Comments
Salam sejahtera..

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

•Universiti Sains Malaysia (USM)
•Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
•Universiti Putera Malaysia (UPM)
•Universiti Malaya (UM)
•University of Nottingham (Malaysia)
•Monash University (Malaysia)
•Swinburne University of Technology (Malaysia)
•Curtin University of Technology (Malaysia)
•Universiti Teknologi Petronas (UTP)
•Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
•Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
•AIMST University
•Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
•Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
•Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
•University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009

Afni's Son: credit to beliamuda

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son