Control Panel

Followers



Blog Content


Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

Written by Muhammad Comments
Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.

Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:

•Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
•Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
•Lulus semasa proses temuduga.
•Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.

Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:

•Prestasi akademik yang cemerlang.
•Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
•Prestasi semasa proses temuduga.
•Latar belakang keluarga.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Afni's Son: credit to beliamuda

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son