Control Panel

Followers



Blog Content


Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009

Written by Muhammad Comments
Salam sejahtera..

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti dalam negara ataupun luar negara di peringkat ijazah pertama.

Bantuan biasiswa yang ditawarkan ialah:

•Program Biasiswa Nasional
•Program Ijazah Luar Negara (PILN)
•Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Menurut JPA, biasiswa yang ditawarkan pada tahun ini disasarkan untuk bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, ubat-ubatan veterinar, kejuruteraan dan sains dan teknologi serta sains sosial yang diperlukan oleh sektor awam dan negara.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Afni's Son: credit to beliamuda

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son