Control Panel

Followers



Blog Content


Mengenai Bidang Bioteknologi

Written by Muhammad Comments
Maksud BioTeknologi sendiri
Dari namanya sendiri, BioTeknologi, kita boleh faham bahawa ianya ialah satu course gabungan 'Biologi' dan 'Teknologi'..jadi secara langsung bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Bioteknologi,ilmu sains Biologi perlulah dikuasai, manakala dari part 'Teknologi', penguasaan dalam ilmu Fizik amatlah membantu, tetapi bagi mereka yang tidak mahir dalam bidang Fizik, saya harap anda tidak tersalah faham dengan ayat saya, bidang Fizik akan membantu anda dalam penguasaan ilmu Bioteknologi tetapi ia tidak menjadi satu keperluan penting..

Dalam erti kata lain, Bioteknologi ialah teknologi berasaskan biologi, dan biologi pula dikaitkan dengan benda-benda hidup..jadi secara lazimnya, bioteknologi melibatkan kejuruteraan genetik dan kultur tisu..


Cabaran dalam bidang BioTeknologi
cabaran utama bidang Bioteknologi adalah memerlukan tahap kerajinan yang tinggi,ini memandangkan bidang Bioteknologi in memerlukan proses pembacaan,pemahaman dan penghafalan yang tinggi.


Pembelajaran
tahun pertama, subjek-subjek basic akan dipelajari, seperti Chemistry, Biologi, Statistical Method for Science(Maths) dan Bioteknologi..serta beberape subjek elektif juga perlu diambil..pengambilan subjek elektif adalah percuma..pengambilan subjek elektif juga adalah bebas selagi berada dalam had requirement anda..jadi dinasihatkan untuk memilih subjek elektif yang akan membantu masa depan anda..dan untuk perhatian korang..bagi course ni,diploma mengambil mase setahun..dan bagi Bachelor honour plak..4 tahun..


Peluang Pekerjaan
Peluang kerja untuk mereka yang mengambil course ini sangat banyak dan demanding di Malaysia buat masa sekarang. The Institute of Agricultural Biotechnology located di Serdang, Selangor; The Malaysian Genome Institute located National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor; The National Pharmaceutical and Nutraceutical Institute bertempat di Science University of Malaysia (Universiti Sains Malaysia) di Pulau Pinang.

Tempat-tempat ini merupakan antara tempat yang berasaskan Biotechnology dan kemungkinan banyak lagi di Malaysia. Biotech di Malaysia adalah baru dan kepakaran dan tenaga dalam bidang ini adalah sangat-sangat diperlukan. Insyallah, rezeki dan peluang pekerjaan ada di mana-mana.


Subjek yang perlu di score untuk SPM
Secara tidak langsung, subjek yang perlu dikuasai semasa SPM ialah Biology, Chemistry dan Bahasa Inggeris. Tak dilupakan Mathematics dan sebaik-baiknya mantapkan subjek Fizik. Fizik akan membantu anda menguasai banyak subjek. Dengan kata mudah, kuasai ilmu sains untuk menjadi ahli biotech yang disegani.


Institut Pengajian Tinggi Awam
1)UKM
2)UM
3)UPM
4)UTM
5)USM
6)UITM
7)UMS
8)UNIMAS
9)UPSI
10)UDIM
11)UMP
12)UMT
13)UniMAP
14)USIM
15)IIUM

Institut Penyelidikan
1)FRIM
2)IMR
3)MARDI
4)MCB
5)MPIB
6)MPOB
7)NUKLEAR
8)LGM
9)SBC
10)VRI
11)STRIDE
12)FRI
13)ARC
Institut Pengajian Tinggi Swasta

1)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
2)International Medical University Malaysia (IMU)
3)Universiti Industri Selangor (UNISEL)
4)Asian Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST)
5)Management and Science University (MSU)
6)Technology Park Malaysia College Sdn Bhd
7)Cyberjaya University College Of Medical Sciences (Cybermed)
8)The University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC)
9)Malaysia University of Science & Technology (MUST)
10)Curtin University of Technology Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak)
11)Monash University
12)Universiti Teknologi Petronas (UTP)
13)University College Sedaya International (UCSI)
14)Tun Abdul Razak College (TARC)
15)Taylor's University College
16)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
17)Nilai International University College (Nilai UC)
18)INTI International University College (INTI UC)
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
1)Sime Darby Berhad
2)Kedah Bioresources Corporation (KBiocorp) Sdn Bhd
3)TPM Biotech Sdn Bhd
4)PETRONAS Research & Scientific Services Sdn Bhd
5)Felda Agriculture Services Sdn Bhd.( FASSB)
6)Felda Herbal Corporation Sdn Bhd(FHCSB)
7)Blue Archipelago Berhad
8)CRAUN Research Sdn. Bhd.
9)Melaka Biotechnology Corporation
10)MIMOS Berhad
11)Malaysian Herbal Corporation
12)Halal Development Corporation
13)Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son