Control Panel

Followers



Blog Content


Permohonan Program Biasiswa GE 2009/2010 (2009/10 GE Foundation Scholars-Leaders Program)

Written by Muhammad Comments

Suruhanjaya Malaysia-Amerika didalam pertukaran Pendidikan (MACEE), bekerjasama dengan GE Foundation (USA), mengalu-alukan permohonan untuk Program Biasiswa GE 2009/2010 (2009/10 GE Foundation Scholars-Leaders Program) terbuka bagi mahasiswa yang telah memenuhi syarat-syarat yang membolehkan mereka memasuki universiti-universiti di Malaysia dalam bidang Perniagaan, Ekonomi, Kejuruteraan, Matematik dan Fizik di universiti tempatan.

Biasiswa ini terhad kepada mahasiswa-mahsisiwa yang diterima untuk ke Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Biasiswa GE ini telah menubuhkan dana biasiswa sebagai sebahagian daripada kegiatan Filantropi untuk mendorong dan menyokong bakat-bakat luar biasa di negara-negara di mana General Electric memiliki pejabat dan kilang. Permohonan daripada SEMUA kumpulan etnik adalah sangat digalakkan.



Sifat-sifat biasiswa
• Calon-calon Malaysia yang diterima oleh Institut PEngajian Tinggi menuju gelaran ijazah sebagai mahasiswa tahun pertama untuk tahun akademik 2009 akan dipertimbangkan untuk penghargaan ini.

• Penghargaan ini untuk calon yang tidak akan menerima bantuan kewangan daripada pertubuhan lain.

• Harus menjadi warga negara Malaysia yang mengambil major dalam jurusan Bisnes, Ekonomi, Kejuruteraan, Matematik dan Fizik di universiti tempatan. Penghargaan ini terhad kepada mahasiswa-mahsisiwa yang diterima untuk ke Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak & Universiti Malaysia Sabah.

Tiga penghargaan akan diberikan di bawah program ini untuk tahun 2009/2010.

• Jumlah biasiswa adalah USD 2, 000 dan boleh diperbaharui sehingga 3 tahun, tidak termasuk tahun pertama dari program sarjana, berdasarkan laporan sertifikasi prestasi akademik yang luar biasa secara berterusan yang diterima daripada Dekan universiti tempat berdaftar.

• Hantarkan permohonan ke:
MACEE, GE Foundation Scholar-Leaders Program, 18th Floor, Menara Yaysan Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Borang permohonan juga boleh di muat turun dari sini
• Tarikh tutup adalah 19 Mac 2010, 4:30
• Semua pemohon harus mempunyai akaun e-mail untuk menerima berita terkini mengenai biasiswa ini.
• Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Seleksi MACEE adalah muktamad.



Checklist Aplikasi
Kirimkan borang aplikasi yang lengkap dalam 15 in, x 10 in, didalam envelope. Jangan hantar dokumen asli. Hanya salinan yang telah disahkan sahaja yang akan diterima.
  • 6 aplikasi (asli + 5 salinan).
  • 6 salinan keputusan peperiksaan yang berkaitan dan telah disahkan (6 naskhah masing-masing).
  • 6 salinan Income Tax Notice of Assessment / EA dari ibu serta bapa.
  • Gambar perlulah dikepilkan pada tiap-tiap borang pendaftaran.
  • 6 salinan dokumen-dokumen berikut daripada Institusi Pengajian Tinggi yang akan anda hadiri.
    • a. Surat Penerimaan.
    • b. Kenyataan rasmi kos untuk tahun akademik 2009-2010.

  • 6 salinan surat rujukan (2 perujuk, seelok-eloknya guru atau profesor). Surat rujukan oleh ibu bapa, ahli keluarga terdekat atau kerabat daripada pemohon tidak diterima.
  • 6 salinan Sijil Meninggalkan Sekolah & Testimoni daripada agensi dahulu / sekolah yang telah dihadiri.
Borang Permohonan
Anda boleh MEMUAT TURUN borang permohonan (berformat MS Word) dengan mengklik link di bawah ini.
Pengumuman dan borang aplikasi (218KB)



Maklumat
Hubungi MACEE untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini:
MACEE 18 Floor, Menara Yaysan Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2166 8878
Fax: 03-2166 1878
MACEE Enquiry

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son