Control Panel

Followers



Blog Content


Keluar Masuk Universiti Teknologi Petronas

Written by Muhammad Comments

Rasa macam dah lama betul tak update blog ni..Huhu..Sebulan yang penuh dengan kesibukan, mempersiapkan diri ini untuk menjadi seorang penuntut Universiti. Pada mulanya aku betul-betul bernekad untuk memasuki UiTM setelah aku menerima surat tawaran untuk kesana dibawah asasi sains. Tapi beberapa minggu seterusnya, sedang aku ligat mempersiapkan diri aku untuk ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), aku terima panggilan dari pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk memberitahu bahawa aku telah ditawarkan oleh PETRONAS untuk meneruskan pengajian kesana..HaHa..Berjuta-juta kali aku fikirkan untuk tawaran ni. Sebenarnye, aku memang tak espect langsung boleh terima tawaran ni, mase interview, tergugup-gugup aku dibuatnye dihadapan interviewer.


Masa interview, aku berhadapan dengan 2 interviewer wanita. Yang seorang ni muda, yang seorang lagi ni agak berusia..Huh..Agak nervous bile berhadapan dengan perempuan, akhirnya aku hanya menumpukan sepenuh-penuhnya pandangan aku kepada interviewer yang agak berusia tu (kerana sikap ramahnya yang aku terima sebagai mak cik aku)..Hehe..Keluar je dari bilik temuduga, memang aku tak ada menaruh sedikit pun harapan untuk diterima pihak PETRONAS.


Setelah aku fikir berkali dan beribu-ribu kali, akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba nasib dulu di UTP. Hari pertama kesana, semasa aku didalam perjalanan ke UTP, aku betul-betul berharap akan ditawarkan oleh MARA pulak untuk pengajian ke luar negara, yang dikhabarkan keputusannya akan dikeluarkan pada hari tersebut..Tapi, harapan tinggal harapan setelah dimaklumkan oleh pihak MARA bahawa keputusan tidak akan dikeluarkan pada hari tersebut..

Setibanya di UTP, aku melalui minggu orientasi pelajar baru yang digelar Minggu Aluan Siswa (MAS) disana. Dipimpin para fessi-fessi yang terdiri dari senior-senior disana, aku berasa seronok untuk berada disana. Tetapi, pada suatu pagi, setelah aku mendengar taklimat dari ketua sesuatu jabatan UTP disana mengenai bidang kerja Kejuruteraan, hati aku betul-betul memberontak nak balik. Lepas je dari taklimat tersebut, aku jumpe dengan ramai fessi dan bertanyakan akan future career aku kalau aku meneruskan pengajian disana.


Berpindah dari bandar ke bandar, dan mungkin dari negara ke negara, meninggalkan keluarga untuk ke pelantar sekurang-kurangnya 3 bulan. Aku bukan lah manusia yang sekental tu. Aku nak selalu berada dirumah bersama orang rumahku, dan keluargaku. Malam ialah waktu untukku menenangkan diri bersama orang-orang tersayang. Dan sememangnya aku tak boleh menolak kemahuan hati aku untuk menjadi seorang saintis sejak aku kecil lagi, dan bukannye sebagai seorang jurutera petroleum.


Setiap hari disana, Allah memberi aku petunjuk bahawa aku harus keluar dari situ, tapi aku terasa sayang pulak nak lepaskan peluang tu, diantara 11 ribu orang yang memohon untuk tempat aku, aku adalah diantara 100 lebih orang yang bertuah untuk mendapat tajaan daripada PETRONAS. Tapi aku tetap aku dan aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri, akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih ke UiTM dan mengejar cita-citaku sebagai saintis secara perlahan-lahan. Nak keluar pun tak senang owh.!.Susah betul, macam-macam hal perlu diuruskan, tapi Alhamdullilah, segalanya menjadi lancar dan mudah dengan bantuan dari Yang Maha Esa.


Secara rasminya pada 20 haribulan Mei, aku telah menarik diri daripada sistem UTP. Tapi pada hari seterusnya, 21 Mei, keputusan telah keluar bahawa aku telah menerima tawaran dari MARA untuk ke luar negara pula :-)  ..HaHa..Alhamdulillah..Aku akan meneruskan pembelanjaran ke International Baccalaureate di Kolej Mara Banting pada 21 Julai ni...


Afni's Son: Kesimpulan yang boleh aku buat, kite jugak yang faham isi hati kite, cita-cita kita, impian kita, cinta kita..Hehe..Kita lah yang menentukan segala-galanya. Janganlah kite ego dengan diri sendiri, menipu hati dan kemahuan kite sendiri. Terutamanya dalam sesuatu perkara yang menentukan masa depan kita. Kebahagiaan boleh memangkin Kekayaan dunia dan akhirat, tapi Kekayaan tak boleh membeli Kebahagiaan dunia dan akhirat. Berusahalah untuk menjadi apa yang kita impikan, dan impikanlah apa yang kita usahakan..Sayangilah apa yang kita ada, dan sayangi lah mereka yang menyayangi kita...

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son