Jika anda adalah calon lepasan SPM 2009, memiliki pencapaian akademik cemerlang, aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian mantap serta berhasrat menyumbang kepada masyarakat dan negara, PNB mempelawa anda untuk memohon Biasiswa PNB Pengajian Luar Negara.
Program Pengajian
Program pengajian yang ditaja adalah bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka United Kingdom dalam bidang;
•Perakaunan dan Kewangan
•Ekonomi
•Sains Aktuari
•Kejuruteraan•Matematik dan Ekonomi
•Matematik dan Statistik
•Matematik dan Statistik (Kewangan)
•Undang-undang
•Teknologi Maklumat
Kelayakan Minimum
1.Memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia 2009;
2.Memperoleh sekurang-kurangnya:-- 8A dalam mana-mana lapan mata pelajaran
- Sekurang-kurangnya 2A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris GCE-O
3.Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2010;
4.Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum;
5.Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
1.Mengikuti pengajian peringkat A-Level di kolej yang ditetapkan PNB
2.Mendapat tempat di universiti yang ditetapkan PNB setelah lulus peringkat A-Level.3.Memilih satu daripada bidang yang ditetapkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan
1.Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan biasiswa.
2.Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan dipertimbangkan.
3.Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen lain hendaklah dihantar kepada:-
Jabatan Pembangunan Pendidikan
Tingkat 38, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup
1.Tarikh tutup Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2010 ini adalah pada 23 Mac 2010.
2.Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi.
3.Sekiranya tiada sebarang maklumbalas selepas dua bulan dari tarikh tutup permohonan
biasiswa, maka permohonan dianggap tidak berjaya.
1.Sila layari laman web PNB di http://www.pnb.com.my/ untuk maklumat lanjut.
2.Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03 2050 5846 / 2050 5899 / 2050 5545 atau fax 03 2050 5845 atau e-mel: norlin@pnb.com.my