Korang percaya tak? Darth Vader (kepala kejahatan filem Star Wars) pun menyambut Earth Hour. Earth Hour? Ada tau??Haha..Kepada sesiapa yang tak tau, Earth Hour ni adalah kempen dimana siapa-siapa yang menyokong kempen ini akan bergelap selama satu jam, maksudnya, lampu-lampu akan ditutup. Pada tahun ini ia akan berjalan pada 27 Mac 2010 bermula jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam . Dekat bawah ni buktinye, Darth Vader pun menyambut Earth Hour tau..
Secara ringkasnya kempen ini bermula pada tahun 2007, kempen ini dimulakan sebagai tanda kita sayang dekat bumi. Ini kerana bumi ini sedang merana, terseksa..Hehe..Misi utama kempen ini adalah untuk melahirkan generasi yang sedar akan isu perubahan iklim yang akan mengancam populasi manusia, kita la tu. Kempen ini juga mensasarkan masa depan yang kurang karbon, jadi, beralihlah dari petroluem kepada bioteknologi..Bhahaha..
Afni's Son : Persoalannye, kalau Darth Vader yang separa manusia separa robot pun menyambut Earth Hour, tidakkah kita, yang sepenuhnya manusia ni juga akan menyokong Earth Hour? Lu fikir La Sendiri ;-)