Control Panel

Followers



Blog Content


Madah hatiku menjelang Result

Written by Muhammad Comments
Hurmmm..ni mungkin post pertama aku yang menceritakan pesal diri aku sendiri..macam tak ada benda sangat nak post hari ni..jadi ni je idea yang berlegar di kepala..



Huh..mase terasa pantas sejak kebelakangan ni..bulan pertama dan kedua di rumah rasa bosan dah mule berputik, hati aku terus berdoa dan berdoa untuk menghabiskan mase aku dekat universiti..bertambah gawat lagi apabila rakan-rakan ku yang lain sudah pun memulakan pembelajaran di UTP..rindu pulak nak berbual-bual kosong dengan kawan-kawan, nak study, kene denda dengan cikgu sebab tak siap kerje rumah, dengar jeritan warden bile lambat keluar asrama, dan yang paling aku rindu, 'school life' dan si dia yang tengah belajar lagi sekarang..huh..mase detik menghitung ke hari keluarnya result ni, hidup jadi serba tak keruan je, selalu la terfikir pasal mase depan, luar negara ke dalam negara, Biotech atau Petroleum..tapi yang paling merungsingkan,semua ni terdetik bile na tidur..adoii..kacau betul time tidur aku..bangun subuh je jalan pun dah terumbang-ambing..


 
Pada semua lepasan SPM 2009, bulan mac ni bukan bulan yang mudah..bulan ni la korang kene tentukan hidup korang..korang kene pilih bidang yang korang betul-betul minat..once,kaunselor pernah bagitau aku,"nak sambung belajar, pilih ape yang kita minat, jangan pilih bidang yang menjanjikan kekayaan semata, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"..maksud kaunselor aku, pilihlah bidang yang korang suke, jadi korang boleh la kerja dengan tenang..tapi..kalau korang pilih bidang yang diluar had korang, dan korang pilih pun sebab bidang tu memang menjanjikan kekayaan, kerja akan menjadi bebanan bagi korang..nanti kekayaan dunia yang dikejar tak dapat, kebahagiaan hidup pun akan mula pupus..jadi kepada semua lepasan SPM fikir-fikirkan lah sementara kita ada mase lagi..kalau dah terlajak jalan, boleh undur lagi, tapi memakan masa la jawabnye..renung-renungkan lah..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son