Control Panel

Followers



Blog Content


Program biasiswa Khazanah Watan 2010

Written by Muhammad Comments


Program biasiswa Khazanah Watan adalah anugerah biasiswa yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan Pasca Ijazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara.




Sasaran utama program biasiswa Khazanah Watan adalah untuk melatih pelajar Malaysia yang berbakat untuk menjadi peneraju Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), seterusnya memacu kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan untuk melatih individu yang cemerlang akademik sebagai peneraju dan penggerak bidang penyelidikan di Universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.



IPT yang ditawarkan:
•Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
•Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
•Universiti Malaya (UM)
•Universiti Multimedia (MMU)
•Universiti Putra Malaysia (UPM)
•Universiti Sains Malaysia (USM)
•Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)



Bidang pengajian yang ditawarkan; Ijazah, Sarjana ataupun Kedoktoran:
•Ekonomi
•Kewangan
•Pelaburan
•Guaman
•Sains Aktuari
•Kejuruteraan Bio
•Bio-informatics
•Teknologi Bio (Bio-tech)
•Biologi Molekular
•Teknologi Makanan
•Genomics
•Elektronik
•Elektronik Mikro
•Sains Bahan
•Teknologi Nano (Nano-tech)



Syarat dan Kelayakan
Ijazah Pertama (Sarjana Muda)
•Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 21 tahun pada 1 Januari 2010.
•Berada dalam Tahun Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda di salah satu IPT terpilih.
•Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 1B dalam STPM atau GCE A-Levels atau minuma CGPA 3.50/4.00 untuk program asasi / pra-universiti / matrikulasi.
•Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.


Peringkat Ijazah Sarjana
•Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 35 tahun pada 1 Januari 2010.
•Mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah satu IPT terpilih.
•Mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.50/4.00 atau Second Class Upper atau ‘A’ dan setaraf.
•Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.


Perigkat Ijazah Kedoktoran
•Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 Januari 2010.
•Berada dalam tahun pertama pengajian Ijazah Kedoktoran atau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah satu IPT terpilih.
•Mendapat Ijazah Sarjana dengan kepujian atau minima CGPA 3.50/4.00 atau gred purata ‘A’ dan/atau laporan penilaian cemerlang untuk Ijazah Sarjana dalam penyelidikan.
•Mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.50/4.00 atau Second Class Upper atau ‘A’ dan setaraf.
•Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.

Biasiswa akan meliputi bayaran yuran tuisyen, belanja harian, penginapan dan pembangunan dan sokongan latihan. Penerima biasiswa akan terikat dengan Khazanah.



Cara untuk memohon
Permohonan boleh dilakukan melalui dalam talian. Hanya permohonan dalam talian sahaja yang akan diterima.

•Sila cetak salinan borang permohonan yang lengkap untuk simpanan sendiri. Pemohon boleh melihat dan meminda borang permohonan sehingga tarikh tutup.

•Nombor pengenalan unik akan diberikan secara automatik sebaik sahaja borang permohonan dalam talian dihantar. Sila cetak nombor pengenalan untuk salinan anda. Pemohon memerlukan nombor pengenalan untuk menyemak atau meminda borang permohonan dalam talian mereka.

•Nombor pengenalan calon yang berjaya akan disenarai pendek untuk temuduga boleh disemak di laman web permohonan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2010. Mohon sekarang di sini.

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son