Control Panel

Followers



Blog Content


Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Written by Muhammad Comments

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.



Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)



Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
•Kejuruteraan Awam
•Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
•Kejuruteraan Kimia
•Kejuruteraan Mekanikal
•Kejuruteraan Petroleum



Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
•Petroleum Geosains



Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

1.Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
◦Bahasa Melayu
◦Bahasa Inggeris
◦Matematik
◦Matematik Tambahan
◦Kimia
◦Fizik

DAN

2.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain



Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
•Teknologi Maklumat & Komunikasi
•Sistem Maklumat Perniagaan


Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

1.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
◦Bahasa Melayu
◦Bahasa Inggeris
◦Matematik

DAN

2.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
◦Kimia
◦Fizik
◦Biologi
◦Sains
◦Sejarah
◦Geografi
◦Sains Tambahan
◦Matematik Tambahan
◦Asas Perakaunan
◦Ekonomi Asas
◦Perdagangan
◦Prinsip Akaun
◦Teknologi Maklumat
◦Asas Pemprosesan Maklumat

DAN

3.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.



Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.



Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan
•Kejuruteraan Kimia
•Kejuruteraan Mekanikal
•Kejuruteraan Petroleum


Program Sarjana Muda Sains Gunaan
•Geologi
•Geofizik

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;
1.Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
◦Bahasa Melayu
◦Bahasa Inggeris
◦Matematik
◦Matematik Tambahan
◦Kimia
◦Fizik

DAN

2.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan
•Perakaunan
•Perdagangan
•Ekonomi
•Kewangan

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

1.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:

◦Bahasa Melayu
◦Bahasa Inggeris
◦Matematik

DAN
2.Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
◦Kimia
◦Fizik
◦Biologi
◦Sains
◦Sejarah
◦Geografi
◦Sains Tambahan
◦Matematik Tambahan
◦Asas Perakaunan
◦Ekonomi Asas
◦Perdagangan
◦Prinsip Akaun

DAN

3.Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.


Syarat Memohon
•Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
•Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
•Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
•Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.



Cara Memohon
1.Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my/ .
2.Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
3.Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
4.Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
5.Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my/.


Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.


Maklumat
1.Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my/ untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

2.Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son