Control Panel

Followers



Blog Content


SPM 2009 sebagai garis permulaan

Written by Muhammad Comments
kitorang la rombongan pelajar yang nak ambik result pada 11 mac 2010, ni pukul 4 hari rabu,10 mac tau..haha semangat tak semangat..alhamdulillah, tiga dari kitorang yang dekat atas ni dapat straight A..macam-macam keletah dalam bas..bagi aku sendiri..cerite aku start dari pagi lagi..



Hmm..detik demi detik berlalu..khamis, 11 mac 2010, keputusan SPM 2009 yang aku duduki akan diumumkan..hari rabu, 10 mac 2010, jam sepuluh pagi lagi aku dah keluar dari rumah..bertukar bas ke bas, kemudian aku bertukar menaiki LRT pulak, perjalanan ku yang jauh dan meletih untuk ke Hentian Putra selama satu jam setengah..setibanya di Hentian Putra, terkejut dengan waktu, telah lame aku sasarkan, keluar pada jam sepuluh pagi dan tiba di Hentian Putra pada jam 1 petang, tetapi aku tibe pada 11.30..lama aku tunggu yang laen, sehingga aku selamat menaiki bas dan mengakhiri perjalanan ku selama 4 jam ke Bandar Muadzam Shah..

Makin dekat aku ke maktab, makin kuat rase bimbang dan risau, makin galak mereka menyelebungi segenap pemikiran aku..malam 10 mac tu, aku jumpe dengan Cikgu Ayu dekat gerai Wawa, melepas rindu ke cikgu dan maktab jugak..

pagi 11 mac 2010, aku dikejutkan tepukan di bahu untuk solat subuhku..lepas dari solat subuh, semua ahli bilik ku terlantar untuk tidur semula..aku je yang macam semangat sikit, pagi-pagi lagi aku dah mandi, tapi, ader niat busuk sebenarnye..jam 8 aku bertolak untuk menjamu selera, selesai memuaskan nafsu, aku berjalan ke bandar untuk mencari hadiah buat si dia..haha..pergi balik bandar..keringat membasahi badan aku..tepat jam 9.10 di handphone aku da masuk ke maktab, siap pakai pas pelawat lagi..berjumpe sejenak dengan si dia, menyerahkan segala yang aku simpan buatnya, dan menerima segala yang dikehendak hatinya..indah walau seketika..

habis 'date pertamaku', aku keluar semula, kembali ke bilik hotel, menyejukkan semula badanku..huh..habis keringat membasahi bumi, malu je depan si dia..kemudian kami beramai-ramai menyerbu maktab yang sedang sunyi dan tenang..

jam 10 pagi, ada yang dah masuk pun ke dalam dewan bagi mengambil result..haha..aku pulak melarikan diri kembali ke bandar..lebih kurang jam 11 baru aku berani masuk ke dewan..ni semua gara-gara Cikgu Ayu..(hehe..sorry cikgu..)..pagi-pagi lagi aku dah pun bertemu dengan dua cikgu..Miss Khatijah, kantoi dengannye semasa dalam date pertama..Cikgu Ayu, menimbulkan rasa gerun dalam hatiku dengan ayatnye 'cikgu tau da result kamu..nak tau tak??'..huhu..

masuk dewan, sempat lagi abang yang nak serah result tu berjenaka dengan aku..tapi tape la..berjasa tu die serahkan result aku..haha..bile dapat baca result tu..aku melompat girang dan berlari menuju ke cikgu-cikgu ku..kemudian aku berpaling dan mendapatkan rakan-rakan ku..dengan rasa sebak aku menghubungi ibu bapa ku dan si dia yang dah jauh di mata..

keluar dari dewan..niat ku hanya lah satu..berjumpe dengan guru-guru ku..haha..penat betul menjelajah kembali ke maktab..al maklum la, rumah ku berganda-ganda lagi kecil..huhu..dan..tak ade ape yang dapat aku beri kepada cikgu sebagai tanda terima kasih, bukan tiada usaha, tapi aku tak jumpe, dua hari mencari hadiah yang sempurna buat mereka, akhirnya aku ketemu caraku yang tersendiri..

haha..panjang betul post ni..cuma nak kongsi pengalaman suka duka mengambil result spm..sekali seumur hidup ku..dan kepada rakan-rakan ku yang lain..syukuri lah ape-ape pun yang kita terima..sesungguhnya Allah tahu ape yang terbaik bagi kita..dan telah pun dia berikan yang terbaik buat kita..Alhamdulillah..dan ketahuilah bahawa..hidup kita baru sahaja bermula..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son