Control Panel

Followers



Blog Content


Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

Written by Muhammad Comments
Salam sejahtera,

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan sebuah pameran yang merangkumi 24 fakulti dari UiTM meliputi 300 program pengajian dengan tema “Expo Selangkah Ke UiTM“. Di ekspo ini adalah tempat yang paling ideal bagi calon mahasiswa untuk mengambil kesempatan mengetahui lebih lanjut tentang UiTM dan program pengajian yang ditawarkan.




Para calon mahasiswa boleh bertemu dan mendapat nasihat daripada kakitangan pengajar tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran di UiTM. Terdapat juga talimat daripada beberapa fakulti bagi menambahkan ilmu para pengunjung supaya lebih jelas dan dapat membuat pilihan program pengajian yang tepat.



Anda juga boleh menyemak program pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan masing-masing.Pendaftaran secara online juga disediakan.



Ekspo ini akan berlangsung selama 2 hari dan terbuka kepada umum. Para pelajar lepasan SPM, STPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD amat digalakkan hadir,



Tarikh Dan Lokasi

13 Mac dan 14 Mac
ZonLokasiMasa
TengahKompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam
9.00 am – 6.00 pm
UtaraDewan Besar, UiTM Perlis8.30 am – 4.30 pm
Pasaraya Tesco Alor Setar10.00 am – 6.00 pm
Tesco Ektra Sungai Petani10.00 am – 6.00 pm
Dewan Seminar PPD Jawi (13 Mac sahaja)9.00 am – 4.30 pm
Dewan Seminar PPD Bukit Mertajam (13 Mac sahaja)9.00 am – 4.30 pm
Dewan SMK Seri Balik Pulau (14 Mac sahaja)9.00 am – 4.30 pm
SRK Tamil, Jalan Sungai, Jelutong (14 Mac sahaja)9.00 am – 4.30 pm
Dewan Millinium, Kepala Batas (15 Mac sahaja)9.00 am – 4.30 pm
Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh
8.30 am – 5.00 pm
TimurPerpustakaan Awam Dungun9.00 am – 6.00 pm
Perpustakaan Awam Kuala Terengganu9.00 am – 6.00 pm
Perpustakaan Awam Ketengah, Bukit Besi9.00 am – 6.00 pm
UiTM Bukit Sekilau, Kuantan
9.00 am – 6.00 pm
SelatanUiTM Segamat8.30 am – 5.30 pm
UiTM Johor Bahru – Kampus Bandaraya8.30 am – 5.30 pm
UiTM Melaka – Kampus Bandaraya8.30 am – 4.30 pm
Terminal One, Seremban
8.00 am – 6.00 pm
BorneoUiTM Sarawak, Kota Samarahan9.00 am – 5.00 pm
Sandakan8.30 am – 5.00 pm
Keningau & Nabawan8.30 am – 5.00 pm
Kudat, Kota Marudu & Pitas8.30 am – 5.00 pm
Beaufort, Sipitang & Membakut8.30 am – 5.00 pm
Ranau & Telupid8.30 am – 5.00 pm
Tuaran, Tamparuli & Kota Belud8.30 am – 5.00 pm
Putatan & Pinampang
8.30 am – 5.00 pm
16 Mac dan 17 Mac
ZonLokasiMasa
UtaraDewan Majlis Perbadaran Kemunting8.30 am – 5.00 pm
Dewan Bandaraya Teluk Intan8.30 am – 5.00 pm
Dewan Merdeka Majlis Bandaraya Manjung8.30 am – 5.00 pm
Dewan Sri Iskandar, UiTM Perak8.30 am – 5.00 pm
UiTM Machang9.00 am – 4.00 pm
19 Mac dan 20 Mac
ZonLokasiMasa
TimurKompleks UMNO, Bukit Nangka, Jeli9.00 am – 4.00 pn


Maklumat
Sila rujuk laman web UiTM atau hubungi 03 5544 3206 / 03 5544 2102 / 03 5521 1355 jika ingin mendapatkan maklumat lanjut

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son