Control Panel

Followers



Blog Content


Kisah Rafiqin yang mengutuk Arwah Din Beramboi( Pedoman Semua)

Written by Muhammad Comments
Salam Semua..



Penat aku berjalan di internet hari ni, tiba-tiba setibanya aku diStation Facebookku, aku dapat satu jemputan ni. Jemputan yang mengejutkan aku.

Hari ni aku telah dijemput untuk menJoin satu group ni yang ditubuhkan di Facebook untuk menyuarakan keTidakPuasanHatian mereka-mereka terhadap seorang budak ni. Ni groupnya ( Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !! ) Budak ni diberi nama Rafiqin Darwisy, sedap jugak bapak die bagi nama dekat die. Tapi aku join group facebook tu bukan sebab nak sokong keunikan dan kebijaksanaan bapaknye memberi nye nama, tapi aku menJoin group tu sebab tindakan budak 14 tahun ni yang mengelar dirinya sebagai Rafiqin yang mengutuk arwah Din Beramboi. Arwah tu Dik...








Dia, si Rafiqin ni, konon-kononnya tidak suka mendengar lawak jenaka dari Din Beramboi ni, sehinggakan tergamak untuknya mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial facebook untuk mengutuk arwah. Rafiqin ini juga begitu yakin bahawa tindakannya adalah disebalik dinding, dia cuba untuk menyembuyikan gambar serta profilnya, kerana dia yakin dengan tindakannya itu tiada siapa yang akan mengecam mukanya dan dapat menjejakinya. Kepada Rafiqin, YA ALLAH..Anda salah sama sekali, setiap apa yang kita buat di internet ini telah pun direkodkan oleh badan-badan tertentu, dan untuk menjejaki Rafiqin, tidak pun kerajaan memerlukan seorang yang pakar, cukuplah dengan beberapa baris kod, setiap aktiviti Rafiqin di internet selama ini akan dikesan serta profil-profil Rafiqin juga akan dikesan melalui alamat IP. Jika perbuatan Rafiqin ini dilaporkan kepada pihak penguasa, dalam masa yang singkat aje Rafiqin akan KANTOI.!.







Aku bukan menulis entri ini untuk mengutuk si Rafiqin ni, kalau tak aku sama sahaje la aku dengan die, HUHU, aku menulis entri ni untuk membuka ruang kepada umum untuk mengetahui serta menyokong gerakan menyedarkan budak mentah yang seorang ni. Bukanlah kita untuk menasihat, tapi Joinlah dan sokonglah bersama gerakan ini, hanya untuk menambahkan bilangan penyokong, supaya subjek ni akan sedar akan kesalahannya dan kembali kepangkal jalan..















Afni's Son: Subjek, si Rafiqin ni telah pun melarikan diri, akaun myspacenya telah dibersihkan, akaun facebooknya telah dipadam. Tapi sejauh manelah boleh Rafiqin ni lari. Laporan polis telah pun dibuat. Semua perbuatannye telah pun tercatat. Terlajak perahu boleh undur, terlanjur kata padahlah diri..Insaflah wahai Adik Rafiqin Darwisy..tak perlulah diburu dan dimaki hamun lagi..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son