Huhu,malas nak bebel panjang. Cuba korang uscha kat bawah ni, printscreen yang diambil dari twitter din beramboi, http://twitter.com/TheRealBeramboi (yang sekarang ni dah tak boleh nak dibukak lagi).
Tak cukup dengan tu, rakan seperjuangan dengan Din beramboi, Aznil, juga turut merasa kesayuan dari ayat-ayat terakhir Din Beramboi. Dibawah adalah update yang diperoleh dari blog Aznil..
Hari ini adalah hari yang paling dinantikan oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri aka Din Beramboi. Malam ini bakal berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Paknil dapat lihat keterujaan Din Beramboi sejak namanya melekat sebagai finalis bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.Afni's Son: Bagi aku sendiri, kehilangan Din Beramboi adalah kehilangan satu bakat besar dalam bidang seni (rindu nak tengok perangai pelik die masa Raja Lawak). Lagikan keluarga arwah sendiri yang merasakan kehilangan nya. Jadi aku masih tak faham kenapa masih ada pihak yang ingin menambahkan lagi kesengsaraan keluarga arwah. Al-Fatihah juga buat arwah...
Din kata:
“Aku nak rasa macam mana engkau rasa Nil selama ini duduk bersama calon-calon lain dekat tempat duduk orang top-top”
Alahai, sebak Paknil bila teringatkan impian Din. Masa Din berlawak waktu commercial break tahun lalu Paknil sedih sangat sebab dia jadi penghibur tatkala siaran langsung berihat untuk iklan. Paknil cakap dengan dia, “Cukup-cukuplah buat keje tu Din. Tahun depan aku nak kau pulak tengok orang lain buat keje tu”
Betul pun. Termakbul doa kami apabila Din tersenarai bersama Paknil, AG, Kieran dan Faizal.
Tapi malam ini dia tengok dari jauh rupanya.
Din kata:
“Aku nak pakai baju ala-ala konvokesyen malam tu nanti. Aku pedulik haper! Yang penting aku nak orang jerit kat aku masa red karpet”
Memang Paknil nantikan saat ini sebab Paknil percaya si Din ni akan buat apa sahaja untuk kasi orang ketawa dan terhibur. Dia pernah buat persembahan kat Melaka masa Jelajah Era buat perkara yang sehingga seluruh penonton dan kami ternganga dan ketawa tak hengat. Rupanya dia dah pakat dengan Shuib Sepah untuk menarik seluar pakaian cinanya ketika kitorang buat catwalk pakaian terbaik. Dia sanggup malukan dirinya yang kelihatan seolah terkejut bila seluarnya dilondehkan dan hanya tinggal seluar pendek di dalam.
Sampai macam tu dia nak buat orang ketawa.
Din kata:
“Kalau kau menang Nil, aku nak naik pentas jugak. Masa kau bagi ucapan, aku pose sebelah kau sebab nak tunggu giliran aku entah bila”
Alahai Din. Kenapa kau tinggalkan aku kata-kata yang boleh buat aku tersentak macam ni? Kau tahu tak Din yang aku tak fikir langsung nak menang dah sekarang ni. Aku cuma teruja nak tengok perangai engkau aje. Paknil dah boleh bayangkan keriuhan dia yang boleh buat lawak sengal dia sorang-sorang ketika majlis.
Dia seronok tengok calon-calon gila-gila lain terlibat sama sebagai finalis seperti Didie Alias dan Enot sebab Paknil dah jangka mesti ada sesuatu dia akan bawak pakat dengan diorang malam itu nanti.
Dalam keriuhan tepuk sorak malam ini, Paknil akan rasa sunyi.
Din kata:
“Aku malam ABP nanti akan ikut bontot kau kemana kau pegi orang mesti ambik gambar kau untuk suratkhabar. Ada aku kesah!”
Pening jugak layan si Din yang main redah aje ni. Tak akan ada siapa yang boleh marah dengan tindakan dia sebab semua sudah akur dengan sikap ‘belasah aje’ dia tu! Semua orang seolah menunggu Din buat sesuatu yang ‘luarbiasa’ sebab kalau dia bersikap seperti orang lain, maka itu bukan Din Beramboi dan mungkin ramai yang rasa pelik.
Sekarang Din tak payah ikut 'bontot' Paknil sebab mana Paknil pergi pun ada dia dalam hati Paknil.
Kini semua tinggal kenangan.
Paknil boleh bayangkan aje benda yang dia cakapkan itu pada ketika berlangsungnya ABP malam nanti. Jika ada di antara kawan arwah yang tidak mahu menyertai ABP malam ini sebab hormatkan arwah, itu hak mereka. Paknil tetap akan pergi, InsyaAllah. Menang atau kalah. Kali ini Paknil pergi pun sebab dia. Paknil nak bawa bersama Paknil semangat Din Beramboi. Paknil nak orang semua rasa kehadirannya di situ malam ini walaupun Din sudah tiada.
InsyaAllah Paknil akan bawa anak sulong Din bersama Paknil malam ini. Paknil nak dia tahu yang Papa dia teringin sangat berada di situ malam ini dan menghargai kerja Papa dia selama ini. Paknil nak dia tahu jugak yang Papa dia sebenarnya disayangi jutaan peminat dan kerja gila Papa dia terbayar malam ini.
Buat Din, “Aku rindu kat kau, rindu sangat”.
azureen · 783 weeks ago
ammar saidey · 783 weeks ago
tiap2 pg msti nk dgr lawak die yg sengal 2..
smoga rohnya d cucuri rahmat..
al-fatihah..
amin..
lai · 783 weeks ago
niesa · 783 weeks ago
kinahara · 783 weeks ago
moga roh beliau d cucuri rahmat...
n di tempatkn dlm golongan yg beriman....
amin....
lin · 783 weeks ago
erie · 783 weeks ago
Muhammad 18p · 783 weeks ago
Mae Buntat · 783 weeks ago
WAN · 783 weeks ago
APPLEMIZIEY · 783 weeks ago
entah la,walaupun xde kene mengena ngn aku, aku sedey,..
coz die baru nak melonjak naik balik,.tapi bila die da mula dekat dihati semua peminat die, die pergi meninggalkan kite,.
mungkin ALLAH lebih sayangkan die,slalu org yang kite syg msti prgi dulu..skg..sape la yg dpt buat prgai mcm die lg..
tapi xboleh,sesape xkan dpt tiru,coz Din Beramboi hnya 1 je..xda y ke2..
i miss his joke..AL_FATIHAH..
feedoz · 783 weeks ago
banak · 783 weeks ago
terase ati aku...sungguh mdalam ...
BAKATNYA XKN HADIR PD INSAN LAIN..cume 1 din bramboi je yg ader didunia.....
sharifah aishah · 783 weeks ago
AL-FATIHAH BUAT ARWAH DIN BERAMBOI .. semuga roh beliau d cucuri rahmat dan semuga segala amalan beliau d terima ALLAH SWT. Amin.
hafiedz udu · 783 weeks ago
elliea · 783 weeks ago
nawie · 783 weeks ago
sopyah · 783 weeks ago
aNiQ · 783 weeks ago
amy · 783 weeks ago
reena · 783 weeks ago
aeEn · 783 weeks ago
Fatin · 783 weeks ago
baby az · 783 weeks ago
fasha · 783 weeks ago
sedy ny..
semoga arwah di tempatkan brsama org2 yang beriman..amin..