Control Panel

Followers



Blog Content


Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2010

Written by Muhammad Comments

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa para lulusan SPM dan SPMV untuk memohon program pengajian kemahiran teknikal peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di seluruh negara bagi pengambilan sesi Julai 2010.




Bidang Pengajian
Program pengajian peringkat sijil akan dijalankan di IKM manakala peringat Diploma di KKTM

Peringkat SijilPeringkat Diploma


  • Automotif

  • Awam

  • Mekanikal (Servis)

  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Elektrik

  • Elektronik

  • Seni & Rekabentuk


  • Automotif

  • Awam

  • Mekanikal (Servis)

  • Mekanikal (Pembuatan)

  • Elektrik

  • Elektronik

  • Seni & Rekabentuk



Syarat
1.Warganegara Malaysia
2.Bumiputera
3.Berumur antara 17 sehingga 40 tahun.
4.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
5.Mereka yang rabun warna tidak layak untuk memohon beberapa kursus yang tertentu.
6.Pemohon mestilah berbadan sihat dan tidak cacat anggota.
7.Memenuhi syarat khas kemasukan program pengajian yang dipohon.



Kemudahan
1.Pengiktirafan JPA
2.Program latihan menggunakan sistem penilaian CGPA
3.Elaun bulanan sebanyak RM 265 (Diploma) RM 210 (Sijil)
4.Percuma yuran pengajian sehingga tamat
5.Pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara
6.Kemudahan tambang kapal terbang untuk dari Sabah atau Sarawak



Permohonan
1.Borang permohonan boleh dibeli dengan harga RM5.00 di mana-mana;
  • IKM atau KKTM
  • Pejabat MARA Negeri atau Daerah
  • Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
2.Permohonan boleh juga dibuat secara online;
3.Sila rujuk kepada maklumat program untuk IKM dan KKTM terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat kelayakan dipenuhi.
4.Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap permohonan.
5.Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan menerima tawaran.



Tarikh Tutup
•Permohonan ke IKM dan KKTM bagi pengambilan sesi Julai 2010 ditutup pada 30 April 2010.



Maklumat
1.Maklumat lanjut boleh juga didapati daripada iklan tawaran serta laman web MARA di http://www.mara.gov.my/ dan http://www.ekemahiran.edu.my/ .
2.Sementara itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467, 3480, 3962 dan 3469

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son