Control Panel

Followers



Blog Content


Saya Sayang Awak(cerpen)-bahagian 2

Written by Muhammad Comments


Haha..hampir aku lupa pasal cerpen ni,tibe-tibe pulak ada follower facebookku yang prihatin menanyakan mengenai cerpen ini. Ini adalah cerpen cinta yang berlatar belakangkan islam, dan cerpen ini telah diwujudkan dalam dua bahagian. Ini adalah bahagian ke-2, bagi mereka-mereka yang terlepas bahagian pertama, bolehlah rujuk disini untuk bahagian pertama ( http://3luv.blogspot.com/2010/03/cerpen-cinta-terbaik-saya-sayang-awak.html )..Taknak cakap panjang, ini sambungan bahagian pertama..Enjoy...


Selama seminggu saya biarkan awak tidur kat atas sofa tu. Saya sendiri tak faham napa saya marah sangat kat awak sampai saya perlakukan awak macam tu. Saya minta maaf awak. Saya ingat lagi, Lepas ja tamat majlis perkahwinan di sebelah pihak awak iaitu kat terengganu awak cuba macam2 cara untuk pikat saya. Saya ingat lagi kenangan hari terakhir saya kat terengganu bersama-sama awak sebelum awak hantar saya pulang ke kampus.Awak tahu saya sukakan laut. Jadi awak bawa saya jalan2 kat laut dan kat sekitar terengganu. Buat pertama kalinya sepanjang dua minggu kita sah menjadi suami isteri, bibir saya mengukirkan senyuman yang tidak lagi dibayangi dengan kepura-puraan. Saya benar2 enjoy bersiar-siar dengan awak dari pagi hingga ke petang. Saya seolah-olah lupa perasaan marah saya kat awak. Saya perasan jugak kadang-kadang awak cuba menggenggam tangan saya dan berjalan rapat-rapat dengan saya. Saya tak tahu apa niat awak, tapi yang pasti waktu tu saya mula menyenangi awak. Saya sendiri pelik time tu, ke mana hilangnya rasa marah saya yang membuak-buak sebelum ni kat awak? Lupakah saya pada kebisuan awak taktala maruah dan harga diri saya di carik2 di hadapan awak suatu ketika dulu? Ntah la awak. Apa yang pasti, saya dah mula menyenangi awak.




Sepanjang perjalanan pulang ke kampus, saya Cuma tidur ja. Saya letih sangat sebab seharian saya merayau sekitar terengganu. Bila dah boring tidur, saya curi2 pandang wajah awak. Saya tengok awak rileks ja bawak kereta. Saya pelik sangat, awak tak penat ka? Saya tengok kadang2 awak menyanyikan lagu yang kedengaran di corong radio, kadang2 jari2 awak mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak lagu dan kemudiannya awak tersenyum hingga terserlah lesung pipit di pipi kanan awak. Saya perhatikan wajah awak dengan penuh keasyikan sehingga saya tak sedar awak memberhentikan kereta kat tempat rehat dan awak pula memerhatikan saya kembali. Tiba2 saya kembali ke alam nyata apabila telefon bimbit saya berdering. Terkejut saya bila saya sedar rupa-rupanya aktiviti saya mencuri-curi pandang wajah awak sudah terbongkar. Waktu tu saya rasa mcm nak jer sorokkan muka saya dalam handbag sebab saya malu sangat2. Untuk cover malu, saya tundukkan wajah saya dan pura2 membetulkan ikatan tali kasut saya. Jantung saya pula rasa macam nk terkeluar time tu sebab saya rasa berdebar sangat. Tiba2 awak pegang tangan saya. Kemudian awak sandarkan badan awak kat tempat duduk awak dan awak pejamkan mata. Awak... Saya takut sangat. Napa awak pegang tangan saya? Dh la kita dua orang ja dalam kereta ni. Bila saya nak bukak mulut untuk mempertikaikan tindakan awak, saya tengok awak dh lena dengan nyenyaknya. Saya tak kisah kalau awak nak lena sebab saya tahu awak penat memandu, tapi napa awak masih menggenggam tangan saya????? Akhirnya saya mengalah dan biarkan awak terus menggenggam tangan saya. Dalam samar2 tu saya nampak bibir awak mengukirkan senyuman yang paling manis pernah saya lihat sepanjang saya mengenali awak.



Esoknya, saya pura2 tertidur sewaktu kereta awak membelok ke arah asrama saya. Semalaman saya berfikir tentang hubungan kita ni. Semalam juga saya bertekad untuk menerima awak dengan seadanya dan membina hubungan ini semula. Awak, sesungguhnya saya mula redha akan takdir yang Allah tuliskan untuk saya. Saya redha menerime awak sebagai suami yang akan membimbing saya untuk mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Namun saya tak tahu macam mana untuk mengkhabarkan keputusan saya ni kat awak sebab saya malu sangat. Jadi saya pura2 tidur untuk melindungi isi hati saya. Tapi awak, saya tak sangka kepura-puraan saya mencetuskan salah faham di pihak awak. Saya ingat lagi kehangatan tangan awak sewaktu menggenggam erat tangan saya semasa cuba mengejutkan saya dari tidur. Kemudian awak bisikkan kt telinga saya betapa awak sayangkan saya serta tak lupa mendoakan pada Allah agar membuka hati saya untuk menerima awak. Setiap bisikan yang awak lafazkan masih saya ingat sampai sekarang. Ya Allah, sejujurnya saya juga sayangkan awak!!



Hari2 mendatang saya lalui dengan sepi kat kampus ni. Semua benda yang saya lakukan serba tak kena. Saya rindukan awak. Awak tahu tak, bila hati saya digamit rasa rindu pada awak, Cuma pada Allah tempat saya mengadu. Saya benar2 sepi tanpa awak. Selepas sebulan tanpa khabar berita, suatu hari semasa pulang dari kuliah saya nampak kereta awak kat depan asrama saya. Saya terus menuju kat kereta awak. Masyaallah, saya terkejut sangat tengok awak. Muka awak pucat, cengkung dan saya nampak ada kesan titisan air mata kat pipi awak. Waktu tu hati saya mula diterpa pelbagai persoalan. Apa yang berlaku kt suami saya? Bila awak lihat saya, awak terus suruh saya masuk bilik dan kemas barang2 saya sebab awak cakap kita kena pulang ke kampung awak sekarang juga. Rupa-rupanya umi kemalangan dan berada dalam keadaan yang kronik. Patutlah awak nampak serabut. Sepanjang perjalanan pulang, awak langsung tak pandang atau berbual-bual dengan saya. Awak, saya rindukan suara awak, saya rindukan senyuman awak dan saya rindukan semuanya tentang awak. Tapi saya Cuma mampu jeritkan dalam hati saya ja sebab saya sedar tu bukan waktu yang sesuai untuk saya luahkan isi hati saya.



Sampai kt hospital doktor cakap umi berada dalam keadaan koma dan genting. Saya nampak kolam air mata awak nyaris pecah namun saya tahu awak tahan airmata awak dari gugur. Waktu tu saya dah tak mampu untuk pura2 kuat lagi sebab saya sayangkan umi. Selama sebulan kt kampus selepas perkahwinan kita, hanya umi yang selalu menjadi tempat untuk saya melepaskan rasa rindu saya kt awak. Hampir dua jam awak duduk di tepi katil umi tanpa berkelip memandang wajah umi. Awak, time tu saya bimbang sangat kat awak. Saya takut awak pulak jatuh sakit. Saya tak nak sebarang perkara buruk jadi kat awak. Last sekali saya bertekad untuk ajak awak pulang dan rehat. Saya tahu awak penat dan letih. Sampai kt rumah saya terus mandi dan bersihkan diri. Kemudian saya buatkan bubur nasi untuk awak. Saya gembira sangat bila saya tengok awak kembali bersemangat dan berselera menikmati bubur nasi tu. Lepas saya kemaskan semuanya, saya ingat nk berehat dalam bilik tetamu. Tapi sewaktu melintasi bilik awak, saya dengar suara awak menangis.Saya beranikan diri saya untuk masuk ke dalam bilik awak. Benar telahan saya, awak menangis kt penjuru katil awak sambil memegang gambar umi. Saya hampiri awak dan berdiri betul2 kt depan awak.



Saya nk tegur awak, tapi saya takut. Jadi saya Cuma berdiri kat depan awak sambil perhatikan awak. Tiba2 awak berdiri betul2 bertentangan dengan saya dan memeluk saya. Awak nangis semahu-mahunya kat bahu saya. Habis basah baju saya dengan airmata awak, tapi saya tak kisah sebab saya sayangkan awak. Semakin lama esakan awak semakin berkurangan dan akhirnya terhenti macam tu jer. Perlahan-lahan awak palingkan muka awak menghadap saya. Awak tenung wajah saya. saya faham maksud renungan mata awak, lantas saya bukakan ikatan tudung saya. Saya eratkan pelukan kita dan kemudian saya bisikkan kt awak saya sayangkan awak. Atas nama Allah, malam tu saya serahkan diri saya kat awak dan saya relakan diri awak mengambil hak awak yang penah saya nafikan semasa awal perkahwinan dulu.



Esoknya dan hari2 yang seterusnya saya mula menjalani kehidupan yang sempurna sebagai isteri awak. Selama dua minggu kita kt rumah awak, saya bahagia sangat. Umi pula menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Masuk minggu ketiga saya terpaksa pulang ke kampus sebab ada peperiksaan. Sebelum pulang saya sempat menjenguk keadaan umi. Part yang paling sedih ialah semasa mengucapkan selamat tinggal kt awak. Saya tak tahu napa saya berat sangat hati nak tinggalkan awak. Kalo tak silap saya, hampir habis sebungkus tisu yang saya gunakan untuk mengelap airmata saya. Sebelum keluar dari rumah saya peluk awak erat2. Saya lekapkan telinga saya kat dada awak. Saya nak dengar bunyi degupan jantung awak puas2 sebab lepas ni saya tak dapat nak dengar dh. Kemudian saya bisikkan kat telinga awak ayat yang ntah ke berapa kali saya bisikkan sepanjang dua minggu tersebut, saya sayangkan awak!!!! Saya tak akan lupa kata2 awak waktu tu. Awak cakap saya ialah Ainul Mardhiah yang awak kasihi dan akan terus awak kasihi selagi awak bernafas. Awak genggam kedua-dua belah tangan saya dan awak kucup tanpa henti. Awak, saya benar2 sayangkan awak!!!!



Selepas dua minggu, awak kembali ke kampus awak untuk menyelesaikan segala urusan. Awak dah habis belajar. Awak janji nak sewa rumah berdekatan kampus saya agar kita dapat tinggal bersama. Namun, masuk minggu ketiga awak batalkan janji awak atas alasan awak dapat offer kerja yang baik dekat kampus awak. Dalam kesedihan saya tetap terima keputusan awak sebab saya memikirkan tentang masa depan kita. Saya tidak bimbang tinggal berjauhan dengan awak kerana awak akan datang ke kampus saya setiap minggu untuk menghabiskan masa bersama-sama saya. Tapi awak, lepas bulan ketujuh awak tak lagi macam dulu. Awak seolah-olah menjauhkan diri dari saya. Awak tak jawab panggilan telefon saya dan awak tak balas email2 saya. Waktu tu saya takut sangat. Saya takut andai awak curang lagi. Setiap kali lepas solat saya tak putus2 berdoa agar Allah membantu saya mempertahankan rumah tangga saya. Awak...!!!! Ketakutan saya menjadi kenyataan bila saya terserempak awak sedang bermesra dengan teman wanita awak yang dahulu kat sebuah restoran. Saya tak sangka awak mempermainkan saya untuk kali kedua. Hampir rebah saya time tu waktu saya lihat awak kt situ. Nasib baik kawan saya Eton sempat memaut pinggang saya. Kalau tak, saya mungkin rebah ke lantai restoran tu.



Bila awak tengok saya kat situ, muka awak pucat lesi. Mungkin awak tak sangka saya akan menjejakkan kaki ke restoran yang menghidangkan masakan negeri sembilan kerana awak tahu saya memang tak serasi dengan masakan tersebut. Namun, petang tu tekak saya tiba2 nak rasa masakan minang. Awak tahu tak betapa susahnya Saya tahan airmata saya dari gugur time tu. Perlahan-lahan saya hampiri awak. Saya salam dan kucup tangan awak. Awak nampak marah dengan tindakan saya. Awak cepat2 tarik tangan awak dari genggaman tangan saya.Awak, Salahkah tindakan saya menyalami suami saya sendiri? Napa awak buat kt saya macam ni??? Tak cukup dengan tu awak marah saya keluar dari kampus kt depan Eton dan teman wanita awak. Saya lihat teman wanita awak mengukirkan senyuman kemenangan dan apabila dia sedar saya memerhatikannya, dia cepat2 memeluk lengan awak. Awak..!!! kenapa awak lukakan saya sampai macam tu sekali. Akhirnya saya lari keluar dari restoran tu. Hati saya benar2 terguris. Inikah suami yang pernah menjanjikan masa depan yang indah dan harapan yang tinggi melangit kat saya suatu masa dahulu? Inikah suami yang suatu masa dahulu pernah membisikkan kata2 cinta kt saya?



Sampai kat bilik saya rebahkan badan saya kat atas katil. Kali ni saya benar2 terluka dengan tindakan saya. Waktu tu pelbagai persoalan mula menerjah ke dalam fikiran saya. Napa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Apa salah saya? Tak cukup lagi ka cinta yang saya curahkan untuk awak? Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata dan persoalan2 yang menyesakkan nafas saya. Esoknya, saya terpaksa ponteng kuliah sebab saya benar2 tak mampu nak bangun atau menggerakkan sebarang anggota tubuh saya. Saya Cuma mampu menangis, menangis dan menangis time tu. Walaupun saya rasa kosong dan tertekan dalam menjalani hidup ni, saya tetap kuatkan semangat untuk pergi kuliah. Saya rasa hari2 yang saya lalui cam lambat sangat berjalan. Waktu tu saya bukan sedang mengejar cita2 saya untuk menggenggam segulung ijazah, sebaliknya saya sedang bertahan untuk mencapai cita2 saya. Awak, saya sendiri

tak tahu sampai bila saya mampu bertahan..!!!!



Awak benar2 dh buang saya time tu. Buktinya dah sebulan awak tak hubungi saya. Awak menghilang tanpa khabar berita. Jiwa saya makin menderita kerana perbuatan awak. Tekanan yang saya hadapi menyebabkan saya semakin murung dan menjadi pendiam. Namun, selera makan saya tidak pula hilang. Saya sendiri pelik dengan keadaan diri saya. Suatu hari saya pengsan sewaktu mengikuti aktiviti berkayak. Apabila saya sedar dari pengsan, saya menangis semahu-mahunya apabila doctor mengesahkan saya hamil hampir empat bulan. Saya sendiri hairan bagaimana saya sendiri tak sedar saya sedang hamil ketika itu. Saya tenggelam punca. Segala-galanya nampak kelam pada pandangan saya. Kenapa benih awak wujud dalam kantung rahim saya taktala hati awak sudah berpaling dari saya? Bagaimana harus saya jalani kehidupan ni tanpa awak?



Semasa keluar dari klinik, saya terserempak dengan teman wanita awak. Apabila dia melihat saya, dia cepat2 menuju kat arah saya. Sesungguhnya, saya masih lemah dan terkejut dengan berita kehamilan saya. Saya benar2 lemah time tu. Tanpa rasa bersalah dia minta saya tinggalkan awak. Saya Cuma terdiam sebab saya sendiri buntu. Melihatkan kebisuan saya, dia menerkam ke arah saya dan menarik-narik tudung saya. Saya cuba pertahankan diri saya dengan bantuan Eton. Eton benar2 naik angin apabila melihat air mata saya tak henti2 mengalir. Dengan sekuat tenaga Eton tolak teman wanita awak agar menjauhi saya. Teman wanita awak benar2 berang. Dia tolak Eton sampai terperosok kt tepi tiang. Waktu tu saya takut sangat awak.. Teman wanita awak berjalan menghampiri saya. Saya tak mampu lari atau buat apa2 sebab saya benar2 lemah. Ntah macam mana, tiba2 saya dapat satu semangat untuk pegang perut saya kuat2 sebab saya takut dia akan menyebabkan kecederaan pada kandungan saya. Malangnya, dalam kerakusan melangkah dia tergelincir dan jatuh di hadapan saya. Saya nak tolong dia bangun tapi niat saya terhalang apabila Eton menarik tangan saya untuk cepat2 pergi dari situ. Dari kejauhan saya dengar suara dia memekik2 sambil memarahi saya.



Sewaktu kat dalam kereta, hati saya tertanam satu harapan dan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan. Saya usap perut saya perlahan-lahan dan tiba2 saya rasai satu semangat yang tak pernah saya rasai sebelum ini.Dalam diam naluri saya mengatakan saya sedang mengandungkan bayi lelaki. Saya tak tahu mengapa, tetapi tiba2 nama ’ammar mustaqeem’ terdetik di hati saya. Awak, walaupun cinta awak dah mati untuk saya, tetapi cinta saya kat awak semakin bercambah. Ya Allah,terima kasih atas kurniaan-Mu ini..Saya tak tahu nak khabarkan berita ni kat awak atau tak. Bahagiakah awak kalau awak tahu saya sedang mengandungkan zuriat awak waktu tu?



Keesokan harinya awak datang ke asrama saya. Awak, rindunya saya kat awak.. Saya bertekad nak kongsi berita kehamilan saya kat awak. Namun, sebaik sahaja saya hampiri awak, awak tampar pipi saya sekuat hati awak. Tak cukup dengan tu, awak marah saya dan awak hamburkan kata2 kesat kat saya. Bila saya tanya napa awak marah sangat kat saya, awak cakap saya serang teman wanita awak kat klinik sampai kakinya terseliuh. Awak, semua tu fitnah..! Tangisan saya semakin menjadi-jadi tapi airmata saya tak mendatangkan kesan langsung kat awak. Awak, adakah awak lelaki yang sama yang pernah saya kenali dulu? Adakah awak lelaki yang beragama, lemah-lembut dan penyayang yang pernah saya cintai dulu? Bila saya cuba bersuara awak tolak saya sampai saya jatuh terduduk kat tepi pokok. Kemudian awak masuk dalam kereta dan pergi macam tu sahaja. Saya Cuma mampu menangis. Masyaallah, saya terkejut sangat time tu bila saya sedar ada banyak darah kat kain saya. Perut saya sakit sangat sampai saya tak mampu berdiri. Saya capai telefon saya dan saya suruh Eton datang kat saya. Awak, waktu tu saya takut sangat kalau saya kehilangan ’aqeem’ saya. Saya tak putus2 berdoa moga ’aqeem’ saya masih kekal dalam kantung rahim saya. –Aduhai ’aqeem’ mama yang kuat, eratkanlah pegangan ’aqeem’ di dalam rahim mama. Jangan tinggalkan mama keseorangan menempuh hari2 mendatang. Kuatkanlah semangatmu wahai anak mama. Mama sayang sangat kt ’aqeem’- Akhirnya pandangan mata saya semakin kelam dan kelam.



Apabila saya sedar, saya sedang terbaring di atas katil hospital. Saya cepat2 memegang perut saya dan hati saya berbunga riang apabila saya rasakan ’aqeem’ saya masih di dalam rahim saya. Tapi, perkhabaran dari doktor benar2 menyesakkan nafas saya. Rahim saya luka teruk akibat tolakan awak manakala tulang pinggul saya pula retak. Andai saya teruskan kandungan ini, nyawa saya mungkin dalam bahaya. Saya pandang wajah Eton dan doktor silih berganti. Kemudian saya usap perut saya. Awak, waktu tu saya temui sebuah jawapan yang pasti..! Saya sanggup membahayakan nyawa saya demi ’aqeem’. Saya sangat pasti dengan keputusan saya sebab saya rasakan ’aqeem’ seolah-olah sudah sebati dalam diri saya. Buktinya, saya tak alami keguguran dan kata doktor ini merupakan satu keajaiban. Ya Allah, anak yang saya kandung ini seolah-olah mampu mendengar setiap bisikan isi hati saya..



Sejak kejadian tu saya semakin berhati-hati dalam setiap pergerakan saya. Saya juga sentiasa berdoa agar awak tak datang mencari saya di kampus. Saya takut awak mencederakan ’aqeem’ saya. Cukuplah sekali awak nyaris menyebabkan saya kehilangan ’aqeem’ saya. Saya tak nak awak bunuh ’aqeem’ saya..!! Saya Cuma ada ’aqeem’. Umi pula sudah membuang saya dari hidup umi. Entah, saya sendiri tak pasti apa yang awak ceritakan pada umi sehingga umi tidak lagi menerima saya sebagai menantu. Nasib baik saya masih mempunyai keluarga. Hanya kepada mereka tempat untuk saya bergantung harap. Saban hari bibir saya sentisa basah dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat2 suci al-quran. Saya nak ’aqeem’ membesar mengikut acuan al-quran. Saya mahukan suasana persekitaran yang terbaik untuk ’aqeem’. Awak, saya dapat rasakan pergerakan kaki dan tangan ’aqeem’ sewaktu saya alunkan ayat2 al-quran. Saya dapat rasakan degupan jantung ’aqeem’ selari dengan degupan jantung saya. Semuanya sama macam degupan jantung awak. Tiap kali saya bersedih, degupan jantung ’aqeem’ akan menjadi laju dan sikunya akan menolak-nolak perut saya. Tolakan ’aqeem’ seolah-olah menyedarkan saya supaya jangan bersedih dalam menempuhi hidup ini.



Awak, sewaktu saya sedang sarat menuggu tarikh saya dijangka bersalin, saya nak sangat berjumpa awak. Saya dah telefon umi dan memohon maaf kat umi kalau2 saya pernah menyakiti hati umi. Walaupun umi seperti tidak menyenangi panggilan telefon dari saya, saya bersyukur sangat sebab saya dapat mohon maaf kat umi. Lepas tu, saya telefon awak sebab saya nk mohon maaf kat awak pulak. Tapi panggilan saya tak berjawab. Hari2 saya telefon, tapi awak tetap tak angkat. Waktu tu saya takut sangat. Andai saya ditakdirkan meninggal waktu melahirkan ’aqeem’, saya tak akan sempat memohon maaf kat awak. Saya tak akan sempat nak bagi tahu awak saya cintakan awak selamanya.



Suatu hari sewaktu berada di dalam library, saya rasakan perut saya memulas-mulas. Ya Allah, masanya sudah sampai untuk ’aqeem’ menjengah ke dunia. Dengan bantuan beberapa rakan, saya dikejarkan ke hospital. Awak, awak kt mana time tu? Saya takut sangat. Jantung saya berdebar-debar. Bibir saya pula tak putus2 mengucapkan kalimah2 suci Allah. Sampai kt hospital saya terus dimasukkan ke dalam bilik bedah sebab kandungan saya songsang. Saya suruh Eton sains borang kebenaran untuk pembedahan saya sebab mama mungkin lambat untuk sampai ke hospital. Sebelum doktor suntik saya dengan ubat pelali saya pesan berkali-kali kt eton supaya menghubungi awak. Eton mengangguk dan perlahan-lahan saya rasakan mata saya mengantuk sangat. Saya pejamkan mata saya namun saya masih dapat mendengar setiap bunyi yang kedengaran dalam bilik bedah tersebut. Akhirnya saya dah tak mampu mendengar apa-apa.



Apabila saya sedar, saya lihat family saya mengelilingi katil saya. Umi dan awak pun ada sekali. Saya perhatikan persekitaran bilik tersebut. Pelbagai wayar bersambung kat tubuh saya. Badan saya rasa lemah sangat. Tiba2 saya teringatkan aqeem. Saya tanya mama kat mana anak lelaki saya. Tapi mama Cuma membisu dan saya perhatikan mama mengalirkan air mata. Saya terus mendesak mama supaya tunjukkan kat mana anak lelaki saya. Tiba2 awak hampiri saya dan menggenggam erat tangan saya. Saya lihat semua orang menangis. Saya pasti sesuatu terjadi kat anak lelaki saya. Telahan saya tepat. Ketika tu saya meraung sepuas-puas hati saya apabila saya tahu aqeem saya meninggal dunia seminggu selepas dilahirkan. Saya pula koma dua minggu kerana tumpah darah dan mengalami komplikasi yang amat teruk. Saya tolak awak jauh2 dari saya. Saya yakin awaklah punca yang menyebabkan saya kehilangan anak lelaki saya. Jika tidak kerana tolakan awak dulu, semua ini pasti tidak akan terjadi. Awak, saya benar2 bencikan awak. Awak dah bunuh satu-satunya penyebab yang memberikan saya harapan untuk terus hidup. Saya menangis dan terus menangis sambil saya tak henti2 menyebut nama aqeem.

Akhirnya saya terlelap apabila jururawat memberikan suntikan penenang kat saya.



Esoknya apabila terjaga dari tidur saya nampak mama sedang tersenyum memandang saya. Perlahan-lahan mama hampiri saya dan kucup pipi saya bertalu-talu. Mama bisikkan kat saya kata2 semangat. Akhirnya saya peluk mama erat2 sambil menghamburkan segala penderitaan saya. Saya sedih sangat kehilangan aqeem saya. Macam mana saya nak teruskan kehidupan saya tanpa aqeem? Kehilangan aqeem menyedarkan saya tentang hubungan kita. Setelah berfikir panjang saya temui satu penyelesaian. Awak, saya tak dapat menjadi isteri awak lagi. Saya tak mampu untuk terus mempertahankan ikatan ini. Saya dah cuba awak, tapi awak yang sia-siakan ikatan kita ni. Hati saya dah mati untuk awak. Rasa sayang saya juga dah mati untuk awak. Walaupun berkali-kali umi memujuk saya, saya tak mampu untuk meneruskan hubungan ni. Awak pula hanya terdiam tanpa kata taktala mendengar kata2 saya. Saya nampak manik2 jernih gugur dari mata awak. Napa awak nk menangis? Awak, saya yang bersama-sama arwah aqeem selama 9 bulan, saya yang rasai tumbesaran arwah aqeem dalam rahim saya. Sedangkan awak tak tahu langsung tentang kewujudan aqeem waktu tu. Akhirnya saya melangkah keluar dari wad tanpa menoleh langsung kat awak.



Sekarang saya Cuma mahu meneruskan cita2 saya. Saya yakin Allah rancangkan sesuatu kesusahan kt saya sekarang ni sebab Allah nk uji keimanan saya. Saya maafkan semua kesalahan awak, tapi saya benar2 tak mampu menyayangi awak kembali. Biarlah masa yang tentukan segala-galanya. Melalui umi, saya dapat tahu awak benar2 menyesal dengan tindakan awak kerana menyakiti saya. Awak semakin berubah, alhamdulillah. Saya pula semakin mempertingkatkan amalan saya sebab saya tahu anak lelaki saya sedang menunggu saya di syurga. Walaupun saya tak pernah berpeluang menyusukan aqeem, namun peluang yang Allah berikan untuk saya merasai keindahan semasa Aqeem membesar di dalam rahim saya merupakan nikmat yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata2. Ya Allah, bantulah daku untuk meneruskan kehidupan ini. Pimpinlah daku agar tak terpesong dari landasan islam. Hanya pada-Mu tempat untuk daku sandarkan harapan dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan ini. Amin.. TAMAT

Afni's Son: Cerpen ni betul-betul merubah pendapat aku mengenai cinta..berCinta bukan untuk mendapat kepuasan nafsu, tetapi, berCinta untuk mendapat KeredhaanNYA...InsyaALLAH..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son