AsSalamMualaikum...
Lama dah rasanya tak publish post dekat sini. Ada jugak beberapa rakan yang bertanyakan akan kehilanganku. Tapi, apakan daya seorang manusia yang penuh lemah dan hina ini tenggelam didalam kesibukan hidup IB. Ya! IB...
Mungkin juga ramai yang tidak pernah dengar akannya (seperti juga aku sendiri sebelum memasuki Kolej MARA Banting) jadi hari ni, untuk post ini akan menjadi serba sedikit mengenai kisah hidup tuan rumah blog ini sendiri :-) walaupun bunyinya seperti membosankan, harap ada juga diantara kalian yang sudi membaca.
IB, International Baccalaureate adalah suatu kursus persediaan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, maka Alhamdulillah, jika rezeki Allah letakkan dibahuku ini, kelak akan berangkat ke luar negara bagi menuntut ilmu dari negara asing dan dibawa pulang ke tanah air untuk kebaikan bersama. Jika ada antara kalian yang biasa, atau merupakan seorang mahasiswa A-Level, maka pada pendapat aku, IB adalah tidak asing lagi dari pendengaran kalian. Akan tetapi, hidup IB ini penuhlah dengan onak dan ranjaunya ;p Disamping tekanan untuk terus mengekalkan pencapaian akademik, pelajar-pelajar IB juga dibekalkan dengan pelbagai 'Curriculum Requirement' yang harus kami penuhi.
Dalam memenuhi kesemua kehendak penyelaras IB yang bertempat di Singapura, aku terpaksa berundur sementara daripada terus meneruskan perjuangan Blogku. Di antara faktor-faktor yang telah mengakibatkan diri aku hilang dan tenggelam dari alam 'Blogging' ini adalah assignment-assignment aku yang bertimbun-timbun banyaknya. Yang paling menarik diantara semua assignment ku ^^ adalah projek ku untuk melaksanakan sebuah laman web untuk sebuah kelab kebudayaan, Korean Culture Club.
Maka didalam melaksanakan projek ini, segala ilmu perkomputeranku tersangatlah dicabar dan diuji, akan tetapi aku percaya dengan usaha segalanya tak mustahil. Maka Alhamdulillah dapat aku labelkan produkku ini sebagai 80% lengkap.
Ni la rupanya projek aku tu ^^ |
Cukup sekadar disitu mengenai kisah hidupku (yang sebenarnya hanya ingin menerangkan punca-punca aku menghilang), dan aku ingin berterima kasih kepada semua yang telah membaca hingga ke tahap ini :-)
Afni's Son: Aku ingin kembali ber'blogging' buat keluargaku, pembaca yang setia :-) dan sesiapa sahaja yang turut singgah disini. Banyak lagi yang nak tulis ni, tapi masa tidak membenarkan jari-jemari ini bagi terus menaip...AsSalamMualaikum