Control Panel

Followers



Blog Content


Biasiswa Bank Negara 2010/2011

Written by Muhammad Comments
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2010/2011 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih.


Bidang Pengajian

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Perbankan dan Kewangan
  • Kewangan Korporat
  • Perbankan dan Ekonomi Islam
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Syariah
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik


Kategori

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;
  1. Biasiswa Pra-Universiti dan Program Persedian Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Sarjana / Kedoktoran (PhD)
Biasiswa Pra-Universiti dan Program Persedian Luar Negara
  • Peringkat Pengajian
    • A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme
  • Kelayakan Minimum
    • Lulus peperiksaan SPM 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2010
  • Kelayakan Tambahan
    • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
    • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
    • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
  • Tarikh Tutup
    • 17 Mac 2010
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  • Lokasi Pengajian
    • Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara
  • Kelayakan Minimum, lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
    • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; atau
    • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; atau
    • Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya TER 85% ; atau
    • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ;
    • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.
    DAN
    • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
    • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010
    • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2010 untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara
  • Kelayakan Tambahan
    • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
    • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
    • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
  • Tarikh Tutup
    • 14 Mac 2010

Sarjana / Kedoktoran (PhD)
  • Lokasi Pengajian
    • Dalam dan Luar Negara
  • Kelayakan Minimum
    • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti-universiti diiktiraf di dalam atau luar negara
    • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
    • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2010
    DAN
    • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
    • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Kedoktoran di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara.
  • Tarikh Tutup
    • 14 Mac 2010
Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara juga adalah layak untuk memohon.


Tarikh Tutup

  • Biasiswa Pra-Universiti dan Program Persedian Luar Negara – 17 Mac 2010
  • Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian) – 14 Mac 2010
  • Sarjana / Kedoktoran (PhD) – 14 Mac 2010
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.


Maklumat

  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan borang permohonan.
  • Sila hubungi talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son