Control Panel

Followers



Blog Content


Karnival Pendidikan MARA 2010

Written by Muhammad Comments
Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang menganjurkan Karnival Pendidikan MARA 2010 yang bertemakan ‘Jalur Kerjaya Anda’. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.




Di samping itu turut diadakan pameran kerjaya dan temuduga terbuka kepada pencari kerja mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.



Aktiviti Dan Informasi
Karnival ini disertai oleh pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Awam (IPTA) serta Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Pameran daripada institusi-institusi ini akan memberi maklumat tentang info pendidikan tinggi melalui;
  • Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
  • Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
  • Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
  • Temuduga Terbuka – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
  • Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran


Khusus di PWTC terdapat pameran dari beberapa syarikat dan industri, temuduga terbuka bagi peluang kerjaya, Seminar Kerjaya; panduan menghadiri temuduga, tatacara penulisan resume, grooming, Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA (PSK) untuk pelajar lepasan IPMa dan tajaan MARA.



Lokasi

TarikhTempatMasa
12 – 14 MacPWTC, Kuala Lumpur10.00 am – 6.00 pm
19 – 20 MacPejabat MARA Negeri Sarawak, Kuching9.00 am – 5.00 pm
24 – 25 MacSabah Trade Centre, Kota Kinabalu9.00 am – 5.00 pm
28 – 29 MacTerengganu Trade Centre, Kuala Terengganu10.00 am – 6.00 pm
3 – 4 AprilBangunan Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar10.00 am – 6.00 pm
10 – 11 AprilPlaza Angsana, Johor Bahru10.00 am – 6.00 pm



Maklumat
•Sila rujuk laman web MARA dan risalah karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.

•Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Hak Ehwal Korporat MARA di talian 03 2691 5111 / 2690 3906 / 2690 3650 / 2690 1303 / 2690 1309 atau emelinfopsk@mara.gov.my

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son