Huh..Hari ni penat aku mencari idea di internet untuk aku jadikan entri di blog aku ni. Tiba aku ke satu website ni, terbace aku satu blog ni,( http://mknaceunlimited.blogspot.com/ ) blogger tu adalah seorang bapa, dan kalau aku tak silap baca, dia baru je menjadi bapa, soo penuh la blog die dengan cerita pasal anak die, tapi yang menyayat hatinya, bila baca entri pasal anaknya yang bergelar Ziqri dimasukkan ke wad kerana terkena sakit kuning. Aku pun menumpang la kesedihan ke atas bayi orang. Tapi yang kat atas tu bukan gambar Ziqri tau, Ziqri yang dekat bawah ni.
Lepastu pulak, gelintar punya gelintar, lagi horrifying, cerita pasal bayi Gaza. Masyallah.!.Kesian betul aku tengok rupa bayi yang dah deformed tu (lebih kurang mutant la). Yang paling sedih, diorang ni langsung tak diberi peluang untuk hidup. Si ibunya telah menghela gas berwarna putih semasa perang, gas yang aku percaya gas phosporus, dan masa tu jugak, dia tengah sarat mengandung, lepastu si ibu ni mengalami sakit-sakit dan penderahan yang serius (aku pun tak tau tang mana yang berdarah, die tak mention pun), dan semasa die memberi kelahiran, lahirlah bayi yang tidak berdosa ini kebumi dengan penuh seksa, kulit die berkedut-kedut dan dipenuhi bulu yang tebal, juga, sistem pernafasannya sukar untuk berfungsi. Yang lagi merabakkan jiwa, umurnya setakat seminggu sahaja.
Conclusion aku, dikala kita rakyat Malaysia tengah happy go lucky, mereka-mereka yang lain sedang bergelimpangan dengan tangisan. Pendapat aku sendiri la, tak salahnya kalau kita donate sikit ke tabung Gaza ni, kalau banyak lagi bagus, sebab, satu dari hasil sedekah kita tu akan berpohon sehingga 7, dan, Rasulullah juga pernah berkata, benda pertama yang kita harus fikir sejurus sahaja kita bangun dari tidur ialah UMMAH kite..