Control Panel

Followers



Blog Content


Terima Kasih Akak JPJ

Written by Muhammad Comments

Semasa sesi kedua ujian JPJ aku, ujian di jalan raya, aku telah diuji oleh seorang akak JPJ yang agak bengis (..sori..). Masa aku tengah menunggu giliran, kawan-kawan aku ada cakap kepada aku 'eyhh..kau nak tau..ada sorang JPJ ni kan, dia sorang je yang perempuan, fulamak aii, cerewet bebenor, aku tadi baru start dia dah failedkan.. '..PERGHH!! Masa kawan aku tengah bercerita tu mulut aku diam je, tapi hati aku punya la berdoa supaya tidak diuji JPJ perempuan yang dimaksudkan tu..

Nyata, doa aku tak dimakbulkan, masa nombor aku dijerit " enam belas!! " aku diberitahu bahawa aku akan diuji dengan menggunakan kereta yang bernombor 3. Aku pun melangkah dengan penuh debar, bukak je pintu kereta yang dimaksudkan, aku ternampak seorang wanita lengkap berpakaian seragam duduk di kerusi penumpang. MAK!! Aku sempat lagi menarik keluar kepala aku dan mengusya sekali lagi nombor kereta tu. Haha.. Aku tidak bermimpi..Memang JPJ perempuan tersebut la yang akan menilai aku..

Uhhh..lepas jugak la test aku haritu..tapi part yang menariknya, dialog antara aku dan si akak JPJ..seperti dibawah;

Akak JPJ : Awak ni belajar ke tak belajar?!?
Aku : Hmm~
Akak JPJ : Nak ke Kiri ke Kanan?!?
Aku : Kanan~
Akak JPJ : Dah tu bukak la signal!!

Hehe..kantoi pulak..aku memang dah lama agak yang aku akan kantoi pesal bab signal-signal ni..Huh..selalu bangat lupa..lepastu..setibanye di next junction, aku lupa lagi..Haha..bermula lah semula sebuah Drama..

Akak JPJ : Ni kalau ikutkan, saya boleh failedkan awak kalau awak asyik lupe je nak bukak signal
Aku :Hmm~ (dalam hati :alamak aii, failed la aku hari ni!! )
Akak JPJ : Awak nak ke saya yang drive balik??
Aku : Hmm~ saya try dulu key kak??
Akak JPJ: ...
Aku: ...,.....,..( hatiku :Yeay!! Chance ni.. )

P/S: Terima kasih kak ;-)

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son