Control Panel

Followers



Blog Content


Keletah mengejar Lesen P

Written by Muhammad Comments

Sebelum berholiday dengan keluarga, aku telah menduduki ujian JPJ. Lebih kurang menduduki kerusi kereta kancil tu la..Haha..

Huh. Tak senang jugak sebenarnya nak beralih ke lesen P ni. Bersyukur lah yang teramat setelah aku melepasi kesemua proses ni. Macam-macam la ragam manusia yang aku gelar 'aku' ni masa ujian JPJ haritu.

Pagi-pagi lagi, pukul 7 pagi, aku dah bertolak ke Bangi untuk menjalani ujian JPJ tu. Pukul 9 pagi aku dah sampai di tempat kejadian. Cikgu aku, Bryan, dia lah yang daftarkan nama aku kat pejabat JPJ tu. Lepas cikgu Bryan tu dah mendaftarkan nama aku ke JPJ, dia ada menyerahkan satu tag ni kepada aku, ada tercetak beberapa huruf dan nombor dekat atas tag tu, dan apa yang aku faham dengan tag tu, aku akan menjalani ujian JPJ sesi kedua dan aku adalah orang yang ke-16 dalam sesi berkenaan. Sesi kedua?? Haha..sesi pertama habis pukul 11.30 pagi, sesi kedua mendaftar pukul 10.30 pagi, soo kalau aku tak silap kira, aku ada masa sejam untuk tengok mereka-mereka sesi pertama untuk menghabiskan ujian. YA ALLAH!! sejam tengok gelagat mereka, Allah jugak yang tahu perasaan aku. Sekali salah seorang dari diorang failed, dengan kereta yang melompat la, mereka yang melanggar tiang tanpa belas kasihannya, aku pulak yang makin berdebar-debar. Sampai satu tahap ni, aku rasa macam dah takde dekat atas bumi dah. Adoyai.!.

Sesi pertama aku, uhh!! Bagi korang-korang yang dah belajar pesal kereta ni, korang mesti faham pesal 'balancing' kan?? 'balancing' ni benda yang kita kene buat dekat bukit soo that kereta kita tak mengelungsur ke bawah, main minyak dan Clutch at the same time. Cikgu aku aja pakai meter enjin tu, mula-mula tekan minyak sampai 2.5 pastu lepas Clutch sampai 1.5. Haha..Senang JER!! ;-D !!TAPI!! mase aku amik sesi pertama ni, kereta yang aku gune untuk ujian ni " takde meter enjin!! "..Wah!!punyer la blur aku apa nak buat. Selamat la dulu aku pernah tanya dekat cikgu aku pasal ni, ni pun sebab aku tengok mak cik aku punya kereta kancil takde meter enjin jugak. CREDIT to my aunty dan my cikgu..Haha..and part yang paling extreme dalam sesi pertama ni, sebelum aku, ada dua orang dah gagal dalam part bukit ni..HAHA..Mane tak mengeletar kaki main Clutch..

Sesi dua pulak, kantoi beb..tapi lulus jugak la..dapat 17/20. What a miracle.!. cerita pasal part 2 ni memang funny betul. Cerita pasal akak JPJ kesayangan aku. Takde die memang tak pass la aku haritu..

Hurmmm, soo sekarang ni aku tengah menunggu lesen P aku yang akan datang lagi seminggu. Kesimpulan yang aku boleh buat pasal ujian JPJ haritu, to sape-sape yang akan menduduki ujian JPJ ni, korang bawak-bawak la bertenang masa hari ujian tu. Sebab, masa ujian haritu, aku punya la gelabah, start-start sesi pertama kereta aku dah padam (lupe nak freekan handbrake)..Haha..Padah,Padah..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son