Control Panel

Followers



Blog Content


Wanita Solehah lebih dari Bidadari Syurga

Written by Muhammad Comments

Alhamdulillah...dapat juga aku menaipkan post nie, untuk menyempurnakan postku yang sebelum nie, walaupun ia memakan banyak masa dan usaha, serta keringatku di hadapan laptop ni...In my previous post, i leave some unfinish business with it, sesuatu yang bergelar Bidadari, dan keindahan-keindahan yang tercipta bersamanya. Sebelum aku melanjutkan lagi tajuk ni, elok rasanya kalau aku kongsi kan sebuah cerita yang berlegar di hati insan bernama Muhammad ni, tiap-tiap kali kedengaran perkataan 'bidadari'.
Tersebut dalam sebuah hadis, ketika mana, Rasulullah SAW sering bercerita kepada para sahabat mengenai zat-zat syurga, pada suatu hari beliau ada bercerita, mengenai sebuah peristiwa apabila Rasullulah S.A.W. dibawa oleh malaikat Jibril A.S. untuk dibawa bertemu dengan Allah SWT di dalam perjalanan tersebut, Rasullulah SAW di bawa untuk melihat keindahan sebuah taman di syurga. Di dalam taman tersebut, Rasulullah SAW terlihat sekumpulan bidadari yang sedang bermesra bersama-sama. Tetapi jauh dari sudut yang lain, Rasullulah SAW terlihat seorang bidadari yang begitu berbeda dari bidadari yang selebihnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasullulah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?". Lalu Jibril pun menjawab bahawa bidadari tersebut diperuntukkan buat seorang sahabat Rasulullah yang bergelar Umar r.a. ada juga Jibril menyatakan bahawa pernah suatu hari, Umar membayangkan tentang syurga dan keindahannya. Dia menginginkan seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya istimewa buat dirinya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Dan kerana Umar r.a. selalu memenuhi kehendak Allah SWT, maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuk Umar sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya.





Secara umumnya, bidadari terbahagi kepada dua, iaitu bidadari syurga dan bidadari dunia.

Bidadari syurga adalah ciptaan Allah SWT yang dilengkapi dengan ciri-ciri keindahan dan penuh dengan kesempurnaan. Di firman kan oleh Allah SWT bahawa, tiap-tiap lelaki yang bertakwa, beriman dan berserah diri kepadanya, akan dikurnia 80000 orang pelayan dan dia akan dikahwinkan dengan 72 orang bidadari di  syurga kelak..MashaAllah...Allah SWT juga berfirman bahawa bidadari syurga ini, memiliki rupanya yang indah, kulit bersih, mata yang lebar dan jeli, rambut yang bersinar, serta digambarkan keindahannya sebagai mutiara dan permata yang cukup terjaga, kerana disamping bakal suami mereka, bidadari syurga tidak pernah disentuh mana-mana manusia, mahupun jin dan syaitan. Pada tiap-tiap bidadari syurga, tertulis nama suaminya pada dada mereka. Keindahan mereka tidak hanya terbatas kepada rupa luaran mereka, malahan, mereka sentiasa merindui dan mencintai suami mereka, hingga difirmankan bahawa, tiap-tiap kali isteri menyakiti hati suami, para bidadari syurga akan memarahi isteri tersebut, kerana suami itu, hanyalah suami yang sementara kepada isteri tersebut, tetapi, lelaki tersebut akan menjadi suami kepada para bidadari syurga nya buat selama-lamanya di akhirat kelak.


Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."


Manakala bagi pengertian bidadari dunia pula, mereka tergolong dari kalangan wanita-wanita yang solehah. Bahkan Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud, yakni wanita yang solehah itu adalah lebih baik dari bidadari syurga. Selain itu, Allah SWT juga berfirman, wanita solehah, akan menjadi ketua bidadari kelak di syurga, dan mereka akan memiliki kecantikan dan keindahan lebih dari bidadari syurga itu sendiri...Allahu wa Rasululuhu Alam(Allah dan Rasul juga yang lebih mengetahui)...



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
“Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Baginda menjawab, Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).



Afni's Son: 72 orang bidadari?? bagaimana pula dengan aku?? yang lebih suka meletakkan sepenuh hati dan perhatianku hanya kepada sesuatu benda. Boleh kira nya aku diberikan hanya satu bidadari syurga, berbanding 72 yang lainnya?? tetapi persoalan yang terus bermain jauh dibenak hati ku. Adakah aku berhak, cukup beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, walaupun hanya untuk memiliki seorang dari bidadari tersebut...Allahu Alam..

Luv Islam..Luv Family..Luv Her | Copyright © 2009 | Altered Design By Muhammad | Managed To Blogger Under Afni's Son